gadis, du'a dan ...


posted by radhiahsyahida

8 comments

seorang gadis berteleku di riba sejadah..
"Ya Allah ya Tuhanku, aku pinta dariMu Yang Maha berkuasa.. jauhkanlah aku dari mendapat sayap kanan atau keturunan seperti guru, pemandu bas ataupun penyapu sampah itu..Ameen"

Pada satu hari yang berasap..

Guru itu...
Masuk ke kelas dengan membawa buku teks Pendidikan Syariah Islamiyyah dengan penuh segak.. oh, ustaz baru rupanya!, mesti tsiqoh ni..
Sessi belajar sedang berjalan, ustaz itu membicarakan hukum merokok..
kata ustaz " merokok haram kerana selain mendatangkan pembaziran, rokok juga boleh mendatangkan bahaya kepada penghisap rokok serta orang disekelilingnya. "

habis sessi P&P pada hari itu, pelajar-pelajar sudah siap sedia untuk pulang. Ada yang pulang dengan bas, ada yang dijemput ibubapa.
Eh, itu ustaz baru tadi! Kenapa dia menyorok belakang pokok tu eh?
Lorgh..merokok rupenye..Tak menyempat lansung!

Penyapu Sampah itu...
" Eh budak sekolah zaman sekarang ni macam-macam perangai, bukannya nak buang sampah dalam tong elok-elok! Dilonggok pulak kat atas penutup ni "
" Sabar je la pak cik ye..susah nak nasihat dah sekarang ni diorang tu "
" Tadi Pakcik jumpa puntung rokok dalam tandas sekolah, berani betul mereka ni..kecik-kecik lagi dah hisap rokok. Tak takut cikgu dah.. "
Pak cik itu berlalu pergi dengan mengeluarkan sekotak marlboro dan lighter di tangan..
erk?? pak cik nih..

Pemandu bas itu...
" Masuk lagi.. ade lagi kosong kat blakang tu..Jangan berdiri kat tangga ni! "
Bas mula bergerak meninggalkan perkarangan sekolah..
" Alhamdulillah, bagus bas ni ada sticker 'no smoking' "
"Aik, kenapa bau asap tibe-tibe ni? " Pandang kiri kanan..
" Ceh, driver tu merokok rupenye "



Cerita di atas adalah rekaan semata-mata, macam tak logik je dalam satu hari boleh jumpa orang yang merokok secara berturutan.. tapi, may be ade jugak kan? sape tau.

Sebenarnya, bukanlah saya nak 'blame' kan kerjaya di atas, mereka bagus! kerjaya mereka mulia! Tapi saya nak point kan sikap yang similar bagi rentetan 3 short stories tadi iaitu..
'm.e.r.o.k.ok'

Memangla manusia ni unperfect termasukla saya sendiri..Tapi bila bab rokok-merokok ni tak boleh kasi can especially orang yang dah tau keburukannya, pastu nasihat kat orang tapi last-last yang buat? diri sendiri..

Hari tu, saya masuk ke bilik guru dengan perasaan penuh bersemangat untuk mengajar (perasaan je..hehe). Sampai kat meja, tanpa disedari tetiba saya terlanggar satu pasu bunga kecik kat tepi meja tu. Pasu tu pun jatuh dan terburailah isi-isinya yang tidak menyenangkan mata iaitu abu rokok yang sangat busuk! Memandangkan abu rokok tu dah terkeluar banyak, saya pun cedok balik dengan kertas.. masukkan dalam pasu tu balik and then pergi letak kat meja salah sorang cikgu lelaki kat situ..kekeke!

Mentang-mentang la saya ganti cikgu lelaki, senang-senang je depa nak tinggalkan abu rokok tu kat meja yang saya duduk tu. Huh, terpaksa la bersabar memandangkan saya ni pendatang sementara. Takpela, dimaafkan jela perbuatan depa tu..

Tapi...

Jumaat baru ni, cikgu-cikgu kat sana ada meeting ape ntah. Saya duk kat bilik guru jela sibuk melayari internet..hehe. Kemudian dalam pukul 11.40 pagi beberapa cikgu lelaki turun ke bilik guru. Diorang suruh saya naik atas sebab makanan untuk meeting banyak lebih. Saya pun naik dengan senang hatinya. ^_^

Dah makan, saya pun turun balik. Bukak je bilik guru, masyaAllah asap berkepul-kepul kat hujung bilik. Rupa-rupanya depa baru je lepas merokok dalam bilik guru tu. Sakit hati betul masa tu. Satu bilik guru tu bau busuk. Dengan tindakan drastik, saya terus menutup hidung tanda protes. Haha.. Padan muka depa sebab bila cikgu-cikgu lain masuk, depa dah gabra semacam.. Tau takut! hehe~

Tanda boikot kepada smokers, sila tutup hidung anda bila berjumpa dengan depa ini..(^_^)v

8 comments

[fellow followers]