pada suatu petang...


posted by radhiahsyahida

2 comments

..saya keboringan kat rumah sorang-sorang sebab Kak Ti dan Abang Di pergi pasar malam. Untuk mengatasi keboringanan tahap cipan itu, maka saya pun menuju ke balkoni untuk melihat budak-budak bermain di taman permainan berhampiran.


Aksi pertama :
seorang budak kecik (kira-kira 3tahun) sedang asyik bermain gelongsor dan ditemani oleh kakaknya (kira-kira 16tahun). Lalu saya terbayang "oh, bestnya ada adik kecik.."

Aksi kedua :
seorang kakak (kira-kira 5tahun) sedang sibuk menghayun buaian untuk adiknya (kira-kira 3tahun) dan dalam masa yang sama dia sibuk menjaga buaiannya sebab takut diambik orang (macam anda dulu-dulu jugak, macam tak biasa je..hehe). Lalu saya terfikir " oh, mulianya kakak yang kecik tu.. "

Aik..asyik kakak je! mana abangnya?? ooh..sedang asyik main bola rupenye =)

Aksi ketiga :
Beberapa orang budak kecik perempuan (kira-kira 8-9tahun) sedang bermain dan berkejar-kejaran sesama mereka (main polis n3 kot..huhu) dengan memakai tshirt pendek,padat dan singkat tanpa memakai tudung. Ok,fine dimaafkan. Mungkin budak ni belum baligh, that's why mak ayah depa belikan pakaian macam tu. Tapi, bagaimana jika budak-budak perempuan ini selesa dengan pemakaian mereka hatta saat itu dosa pahala menjadi tangungan sendiri. Salah siapakah??

"Anak-anak adalah seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya" Kata-kata yang tak asing lagi di bibir masyarakat kita. Namun, sejauh manakah ianya tersemat di kotak fikiran dan menjadi panduan hidup sepanjang perjalanan menuju Tuhan?


Ibu.Ummi.Mak.Mama.Bonda

10 mei 2009 yang baru berlalu..Hari yang agak bermakna bagi kaum hawa itu. Ada orang kata tak elok sambut sebab tak de dalam islam. Haish, memangla encik..tapi tak salah kita meraikannya.. means kalau tiap-tiap hari mak encik masak makanan untuk encik, hari tu bagila can skali dia makan kat hotel ke, restoran ke..itu tandanya penghargaan dari kita walaupun sebenarnya tak berharga mana pun bila compare ngan jasa beliau yang infiniti itu.

Sebenarnya, bukan nak cakap pasal mum's day tu sangat.. but da most important thing that we should notice is her role. Tang mana pi pun, ibu la yang paling berperanan untuk mencorak anak beliau. Kadang-kadang, kita duk bercakap yang anak ni kurang ajar kat mak ni, anak tu derhaka kat mak tu, anak nung biadap kat mak nung.. tapi, bila direnung, dikaji, difikir, diamati balik mungkin ada beberapa peratus berpunca dari pencoraknya. (bukan semua, jangan salah faham oke!)

contoh : mak suh anak pi kedai beli gula
mak : woi leman, ekau pi beli gula jap.
leman : baik mak

bila leman besar..
leman : woi mak, kasi 300. den pokai ni..
mak : ..........????

moral : coraklah anak anda baik-baik na..

Cikgu.Teacher.Ustaz/ah.Guru Besar.Guru Kecik.Pengetua

16 mei 2009 yang bakal berlalu esok..Satu hari yang juga bermakna bagi mereka yang bergelar pengajar @ pendidik..
'Pengajar dan Pendidik'.. kalianlah pencorak kedua.
ohh mengajar? kacang je tu.. ade ilmu sket, takde degree pun takpe. Setakat nak mengajar, apatah lagi ayah pin boleh buat ajaran sesat, budak darjah satu yang bawak botol susu pergi sekolah pun boleh mengajar kawan dia matematik..
tapi bab mendidik, itula yang paling payah.. kalau ade PhD sekalipun tapi kalau tak de skill mendidik yang betul, belum tentu budak tu terdidik dengan tarbiyyah yang shalihah..

Dan bila melihatkan permasalahan remaja zaman sekarang, cubalah muhasabah kembali wahai pendidik sakalian. Didikan anda itu sekadar memenuhi syarat untuk mendapat gaji atau punya iltizam untuk mendidik mereka supaya terus menjaga harga diri, menghiasi peribadi selaras dengan tuntutan Ilahi berpandukan kitab Allah yang suci.

Oleh itu, jangan tinggalkan agama Islam walhal dalam sekecik zarah sekalipun perkara itu.
Jika kamu menjadi pendidik, jadilah pendidik yang membawa agama
Jika kamu menjadi doktor, jadilah doktor yang membawa agama
Jika kamu menjadi peguam, jadilah peguam yang membawa agama
Jika kamu menjadi perdana menteri, jadilah perdana menteri yang membawa agama
(dan lain-lain kerja la..takkan nak tulis sume kat sini)

Sahabat.Kawan.Teman.Rakan

Juga pencorak terbaik bagi setiap makhluk bergelar manusia. Dan buat makhluk-makhluk yang diangkat darjat mereka ini, pilihlah temanmu dengan mata hati yang paling waras. Nescaya, bahagialah hidupmu kelak..insyaAllah.

"Sahabat yang baik (shalih) ialah bila mana kita mendampinginya, hati kita akan semakin dekat dengan Sang Pencipta"

Allahu'alam

p/s : Post ni tiada kene mengene lansung dengan mereka yang tak hidup dan bila anda dah baca post ni, janganla anggap saya ni berlagak baik. Tapi, saya memang tengah berusaha nak jadi budak baik ni.InsyaAllah. Correct me if i'm wrong.

eh..eh..bakpe blogger dop leh edit tulisan kat post ar? ke leptop ni wat hal agi..sob3.. =(

2 comments

[fellow followers]