Archive for July 2009

cerita,cabaran,program,balik


posted by radhiahsyahida

No comments

Alhamdulillah, akhirnya saya diberi ruang juga untuk log in blogger selepas hampir 2 minggu merana dek kenakalan wifi iium community yang agak lembap di sekitar kawasan mahalah.

admin building depan mahalah saje ^_^

cerita.
Begitu banyak sebenarnya. Sementelahan hidup dalam bi'ah yang baru. Mata dan akal terpaksa dineutralkan supaya dapat mengadaptasi kehidupan kampus dengan jiwa yang lebih tenang.

cabaran.
Mahalah jauh dari kelas? oh itu perkara biasa. setakat 15 minit perjalanan, insyaAllah tak menjadi masalah. Namun, suasana belajar yang baru membuatkan nafas agak semput. 1 kelas sehingga mencecah 80-90 pelajar. Saya ulang 'kelas' bukan 'dewan kuliah'. Pendek dan panjang kata, kalau duduk paling belakang, maka tidak wujudlah anda dalam kelas itu.
Maka, tidak salahkan kalau memboloskan diri untuk duduk di depan? hehe..(taktik baru)

merah jalan utama, saya ikut shortcut..hehe

program.
Banyak sangat-sangat! suke! pendek dan panjang juga kata, UIA sentiasa hidup setiap masa. Tapi, apa-apapun mesti tengok priority. Ibadah, belajar, program/dakwah, family. Takkan lupa amanat ummi abah. semoga tabah!

balik.
Balik bersebab takpe kan? hehe. Ambik sijil SPM, kitab, jumpa abah, jumpa nawwar! Haha. Nawwar dah botak. Badan dan ubun-ubun dia dah makin keras. Jadi, dah boleh pegang dia ganas-ganas sikit..hehehe
asal nak jalan je mesti tdo mek tuwet ni..huhu

si botak kesayangan! hehe

~monolog mereka~
abah : bila la nak siap tesis ni?
kak mar : yes! aku dah nak kawen tahun ni.
kak tie : comelnye nawwar..macam aku masa kecik-kecik dulu.

monolog penulis sebelum click publish post : jadi ke tak btn hari ahad ni ah? dengar kata cancel sebab h1n1. Dengar kata jugak jugak, dah 400 suspek.uish..kalaula betul..Semoga taman ilmu dan budi ini terselamat dari bala Allah.ameen.

saya mula melangkah


posted by radhiahsyahida

No comments

Alhamdulillah..hari jumaat. Permulaan bagi kami menuntut sesuatu yang menjadi bekalan hingga ke syurga. Sementara mereka sudah lama mengejar masa demi sepatah kata yang terlalu berharga, kami masih lagi dimiliki ketenangan yang agak kebosanan.

Saya mahu ke kelas! sering juga hati itu menjerit sendiri sebelum ini. Saya biarkan saja. Malas dipujuk.huh!

Hati senyum sendiri. Menapak ke Institute of Education (Insted) seawal waktu dhuha. Alhamdulillah, Jumaat ini sudah beramah mesra dengan Instructional Technology dan Arabic Lexicography. Seronok! Cabaran? Hanya kepada Allah kami bergantung harap.

Doakan saya kuat. Doakan kami kuat!

ya Allah
Ajarkanlah kami belajar ini bukan untuk sesiapa tapi hanya keranaMu
belajar ini bukan untuk diri, bahkan untuk seluruh ummat RasulMu
belajar ini bukan untuk saat ini bahkan sepanjang zamanMu
Ajarkanlah apa-apa yang kami tidak tahu tentang ilmuMu
Ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentangMu
Redhailah setiap langkah kami kerana hanya padaMu kami ingin bertemu...

salam mujahadah. betulkan niat. perbaiki niat. muhasabah kembali.
moga niat saya dan kamu adalah satu.
hanya kita dan Dia Yang Tahu.

coretan pelajar kampus


posted by radhiahsyahida

No comments

Alhamdulillah lega

Itulah ayat yang kedengaran terluah semalam dari bibir mereka yang menyertai Taaruf week July 2009/2010 Intake yang bermula dari 7-9 July 2009

Ada hikmah.

H1N1 yang berleluasa sekarang sebenarnya ada juga kebaikannya. Taaruf week kami yang sepatutnya berajalan selama 4hari 3malam telah dipendekkan menjadi 3hari tiada malam untuk mengelakkan terlalu lama bersesak terutamanya dengan foreigner students. Menarik bukan? Jeles? uish..janganlah.....tak jeles ^_*

Ujian

Takziah untuk beberapa sahabat yang terlibat dengan insiden kecurian duit dan hp semasa dan selepas taaruf week dijalankan. Mungkin ada hikmahnya. Allah swt sayang terhadap hambaNya yang tenang bila diuji. Barangkali apa yang kamu tidak sukai itulah yang terbaik buatmu.

Officially IIUM student

Sangat terharu. Serius! Dengan pelbagai rintangan sepanjang menuntut ilmu di Pusat Asasi, alhamdulillah..Taman Ilmu dan Budi yang merupakan jiran kepada Sungai Pusu ini telah memiliki kami sebagai penuntutnya yang sah. Walaubagaimanapun, jalan masih panjang. Moga pancang terus tsabat!

Ustazah ye?

Begitulah kira-kiranya(^_^) Alhamdulillah, offer letter untuk Education course telah keluar. Tahniah untuk semua kerana berjaya! Allah swt tahu apa yang terbaik untuk kalian. Oh..hasrat abah dan ummi juga telah dikabulkan Allah. Tidak mahu hampakan mereka lagi! promise, beiznillah!

Tak lengkap tanpa gambar...


tertutup & terbuka


posted by radhiahsyahida

No comments


Mengapa gambar di atas? Nak cerita pasal budak ini lagikah? Ish..tak habis-habis dengan budak ni. Tak ada budak lain ke?

Erm..budak tu hiasan je semata-mata ^_^

Muqoddimah - Bouncer

Semalam, kami mengambil keputusan untuk membeli sebuah boucer untuk budak kecik ini lantaran sejak akhir-akhir ini beliau sangat susah untuk tidur kalau tidak diulit secara hayunan.

1. Kami (walid,achik dan uda beliau) pergi ke Alamanda untuk mendapatkan bouncer budak ini - Tapi, tak ada yang berkenan.

2. Kami ke Manjaku Baby centre Bangi

- Jumpa yang berkenan tapi mahu survey lagi. Sebelum keluar.. Eh, makcik tu……???***

3. Lantas, kereta digerakkan ke Pasaraya Billion

- Aduya..semua macam yang tak elok je

4. Masih tidak putus asa. Singgah sebentar di Metro kajang. Masuk parkson

- Lorgh.. sama macam kat Manjaku Baby Centre tadi. Harga pun sama. Kat sini tak ada less, kat sana 20%. Pergi sana balik lah.

5. Oh kepenatan! Kembali ke Manjaku.

- Akhirnya…..dapat juga

Tertutup dan Terbuka

*** Eh, makcik tu… Astaghfirullahal ‘azeem. Kaget saya sebentar. Beliau tersenyum manis mendukung seorang anak kecil. Indah! Memakai tudung ala-ala tudung arini bahkan labuh melebihi pinggangnya. Saya tunduk. Errrr…….??? “Makcik, kenapa makcik pakai seluar nampak betis?” (tanya saya didalam hati)

Oh..saya tiada komen lagi.

Tertutup dan Terbuka lagi

Sana-sini, masyarakat asyik bercakap tentang swine flu a.k.a selesema ‘lembu pendek’. Orang kampung panggil Influenza A H1N1. Uish, dengar je perkataan tu, manusia mula takut, gelisah, resah, susah, dan gelabah. Maka, mulalah mereka memakai topeng muka untuk melindungi diri. Alhamdulillah, bagus tindakan mereka!

‘Al-wiqoyah khairun minal ‘ilaj’ Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Tapi sayang..

Hari-hari ke rumah karimah,

Karipap dihidang sebagai juadah,

Hidung dijaga punyalah resah,

Aurat dibuka tak rasa bersalah.

Noktah untuk tertutup dan terbuka. Saya sudah tiada komen.

Kemudian, saya muhasabah balik.. erm, aku tegur tak bila diorang buat macam tu? –tak kan? So, itulah silapnya. Bertanya tapi dalam hati. Itulah khilafnya. Adus, susah ye nak menjadi da’ie yang berjaya. Saya teringat lagi kisah seorang sahabat Rasulullah saw (terlupa nama) yang sengaja melanggar atau menuis seseorang hanya kerana untuk berdakwah untuk islam. Subhanallah!

“ Pabila da’ie x menjaga hatinya, Maka rosaklah dirinya,

Terfitnahlah islam kerananya & runtuhlah dakwah di tangannya

Kejayaan dakwah bukanlah terletak pada kepandaian seorang da’ie berkata-kata

Bukan juga dengan aktif berpersatuan tapi terletak pada keikhlasan & kejernihan hatinya

Maka, waspadailah hatimu selalu agar ia terselamat dari kekotoran nafsu yang menipu”

Shbtduniaakhirat

0132xxxxxx

05-Jul-09

10:17 pm

- Terima kasih teman –

--------

Eh, nawwar merajuk sebab tak letak gambar beliau. Kena letak jugaklah nampaknya (^_^)v

Tak percaya nawwar merajuk? Tengokla gambar kat bawah. Siap mogok tak nak makan ubat lagi. Huu..

Uda : keke, nawwar kena bedung..

Nawwar : ma taro-taro?

Malas layan ke uda.. baik tidur!


Uda : nawwar, bangun ah! Yela2..uda letak gambar nawwar

Nawwar : ye dop uda?

Yes! Nawwar dah tak merajuk. Siap senyum lagi.

Tak percaya? Ha.. tengok la.. =)

wuha..mengarut-ngarut je..bukan apa, esok dah nak masuk gombak. mengubat hati la ni..huu..tata nawwar!

[fellow followers]