coretan pelajar kampus


posted by radhiahsyahida

No comments

Alhamdulillah lega

Itulah ayat yang kedengaran terluah semalam dari bibir mereka yang menyertai Taaruf week July 2009/2010 Intake yang bermula dari 7-9 July 2009

Ada hikmah.

H1N1 yang berleluasa sekarang sebenarnya ada juga kebaikannya. Taaruf week kami yang sepatutnya berajalan selama 4hari 3malam telah dipendekkan menjadi 3hari tiada malam untuk mengelakkan terlalu lama bersesak terutamanya dengan foreigner students. Menarik bukan? Jeles? uish..janganlah.....tak jeles ^_*

Ujian

Takziah untuk beberapa sahabat yang terlibat dengan insiden kecurian duit dan hp semasa dan selepas taaruf week dijalankan. Mungkin ada hikmahnya. Allah swt sayang terhadap hambaNya yang tenang bila diuji. Barangkali apa yang kamu tidak sukai itulah yang terbaik buatmu.

Officially IIUM student

Sangat terharu. Serius! Dengan pelbagai rintangan sepanjang menuntut ilmu di Pusat Asasi, alhamdulillah..Taman Ilmu dan Budi yang merupakan jiran kepada Sungai Pusu ini telah memiliki kami sebagai penuntutnya yang sah. Walaubagaimanapun, jalan masih panjang. Moga pancang terus tsabat!

Ustazah ye?

Begitulah kira-kiranya(^_^) Alhamdulillah, offer letter untuk Education course telah keluar. Tahniah untuk semua kerana berjaya! Allah swt tahu apa yang terbaik untuk kalian. Oh..hasrat abah dan ummi juga telah dikabulkan Allah. Tidak mahu hampakan mereka lagi! promise, beiznillah!

Tak lengkap tanpa gambar...


[fellow followers]