Alhamdulillah, akhirnya saya diberi ruang juga untuk log in blogger selepas hampir 2 minggu merana dek kenakalan wifi iium community yang agak lembap di sekitar kawasan mahalah.
cerita.
Begitu banyak sebenarnya. Sementelahan hidup dalam bi'ah yang baru. Mata dan akal terpaksa dineutralkan supaya dapat mengadaptasi kehidupan kampus dengan jiwa yang lebih tenang.
cabaran.
Mahalah jauh dari kelas? oh itu perkara biasa. setakat 15 minit perjalanan, insyaAllah tak menjadi masalah. Namun, suasana belajar yang baru membuatkan nafas agak semput. 1 kelas sehingga mencecah 80-90 pelajar. Saya ulang 'kelas' bukan 'dewan kuliah'. Pendek dan panjang kata, kalau duduk paling belakang, maka tidak wujudlah anda dalam kelas itu.
Maka, tidak salahkan kalau memboloskan diri untuk duduk di depan? hehe..(taktik baru)
merah jalan utama, saya ikut shortcut..hehe
program.
Banyak sangat-sangat! suke! pendek dan panjang juga kata, UIA sentiasa hidup setiap masa. Tapi, apa-apapun mesti tengok priority. Ibadah, belajar, program/dakwah, family. Takkan lupa amanat ummi abah. semoga tabah!
balik.
Balik bersebab takpe kan? hehe. Ambik sijil SPM, kitab, jumpa abah, jumpa nawwar! Haha. Nawwar dah botak. Badan dan ubun-ubun dia dah makin keras. Jadi, dah boleh pegang dia ganas-ganas sikit..hehehe
~monolog mereka~
abah : bila la nak siap tesis ni?
kak mar : yes! aku dah nak kawen tahun ni.
kak tie : comelnye nawwar..macam aku masa kecik-kecik dulu.
abah : bila la nak siap tesis ni?
kak mar : yes! aku dah nak kawen tahun ni.
kak tie : comelnye nawwar..macam aku masa kecik-kecik dulu.
monolog penulis sebelum click publish post : jadi ke tak btn hari ahad ni ah? dengar kata cancel sebab h1n1. Dengar kata jugak jugak, dah 400 suspek.uish..kalaula betul..Semoga taman ilmu dan budi ini terselamat dari bala Allah.ameen.
Post a Comment