Erm..budak tu hiasan je semata-mata ^_^
Muqoddimah - Bouncer
Semalam, kami mengambil keputusan untuk membeli sebuah boucer untuk budak kecik ini lantaran sejak akhir-akhir ini beliau sangat susah untuk tidur kalau tidak diulit secara hayunan.
2. Kami ke Manjaku Baby centre Bangi
- Jumpa yang berkenan tapi mahu survey lagi. Sebelum keluar.. Eh, makcik tu……???***
3. Lantas, kereta digerakkan ke Pasaraya Billion
- Aduya..semua macam yang tak elok je
4. Masih tidak putus asa. Singgah sebentar di Metro kajang. Masuk parkson
- Lorgh.. sama macam kat Manjaku Baby Centre tadi. Harga pun sama. Kat sini tak ada less, kat
5. Oh kepenatan! Kembali ke Manjaku.
- Akhirnya…..dapat juga
Tertutup dan Terbuka
*** Eh, makcik tu… Astaghfirullahal ‘azeem. Kaget saya sebentar. Beliau tersenyum manis mendukung seorang anak kecil. Indah! Memakai tudung ala-ala tudung arini bahkan labuh melebihi pinggangnya. Saya tunduk. Errrr…….??? “Makcik, kenapa makcik pakai seluar nampak betis?” (tanya saya didalam hati)
Oh..saya tiada komen lagi.
Tertutup dan Terbuka lagi
Sana-sini, masyarakat asyik bercakap tentang swine flu a.k.a selesema ‘lembu pendek’. Orang kampung panggil Influenza A H1N1. Uish, dengar je perkataan tu, manusia mula takut, gelisah, resah, susah, dan gelabah. Maka, mulalah mereka memakai topeng muka untuk melindungi diri. Alhamdulillah, bagus tindakan mereka!
Tapi sayang..
Hari-hari ke rumah karimah,
Karipap dihidang sebagai juadah,
Hidung dijaga punyalah resah,
Aurat dibuka tak rasa bersalah.
Noktah untuk tertutup dan terbuka. Saya sudah tiada komen.
Kemudian, saya muhasabah balik.. erm, aku tegur tak bila diorang buat macam tu? –tak
“ Pabila da’ie x menjaga hatinya, Maka rosaklah dirinya,
Terfitnahlah islam kerananya & runtuhlah dakwah di tangannya
Kejayaan dakwah bukanlah terletak pada kepandaian seorang da’ie berkata-kata
Bukan juga dengan aktif berpersatuan tapi terletak pada keikhlasan & kejernihan hatinya
Maka, waspadailah hatimu selalu agar ia terselamat dari kekotoran nafsu yang menipu”
Shbtduniaakhirat
0132xxxxxx
05-Jul-09
10:17 pm
- Terima kasih teman –
--------
Eh, nawwar merajuk sebab tak letak gambar beliau. Kena letak jugaklah nampaknya (^_^)v
Tak percaya nawwar merajuk? Tengokla gambar kat bawah. Siap mogok tak nak makan ubat lagi. Huu..
Uda : keke, nawwar kena bedung..
Yes! Nawwar dah tak merajuk. Siap senyum lagi.
Tak percaya? Ha.. tengok la.. =)
Post a Comment