Archive for October 2009

a step closer to ....


posted by radhiahsyahida

13 comments

stylo?

i recommend.. use 2 liters everyday, twice a day [erk..macam iklan sensodyne je?]

radix premix coffee [mai secawan..]

not to sell but to see ;p

Ready for 'Jihad Duniawi'.
30/10 [Instructional Tech.], 1/11 [Study Circle1], 4/11 [Edu. Psycho.], 6/11 [Historical & Philosophical Foundation of Malaysian Edu.], 9/11 [Arabic Morpho-sorf-], 10/11 [Socio. of Edu], 12/11 [Arabic Lexi-mu'jam-] (^_^)v

[Study bukan untuk exam. Study untuk menyelongkar ilmu Allah. Exam sebagai wasilah sahaja]

Alhamdulillah, kekuatan untuk bangun seawal yang boleh semakin bertambah-tambah. Berbekalkan air masak [barang wajib] dan radix coffee [baru mencuba].

Credit to umy yang memperkenalkan radix coffee ni. Sebelum ni sangat tak suka kepada minuman berkafein dan agak kurang menggemari minuman manis yang lain [air masak sudah~]. 1st time minum radix, sangat teruja sebab berbeza benar dengan minuman berkafein yang lain [termasuk kopi kapal api..betul2 kaw ke? ;p]


kisah pagi tadi

Bangun macam biasa. Dikejutkan oleh alarm hp dan **. Sebelum study, mahu taqarrub sekejap. Sebelum keluar bilik. Isi air dalam kettle. Mahu panaskan. Tekan plug, tak nyala. Adjust kedudukan kettle, tutup suis, bukak balik, tak nyala jugak!. Er..dah rosak ke?. Sedihh.. Nak cari air panas kat mana?. Dahla alah dengan watercooler. Huhu. Pastu, sayang pulak dengan kettle berjasa tu [3tahun bersama+hadiah dari kakti]. Takpela, pergi taqarrub dulu. Mintak dengan Allah. Rosak atau elok kan kuasa Dia. Lepas taqarrub. Cuba nasib lagi. Tutup semua plug. Adjust kedudukan kettle. Switch on. SubhanaLlah, menyala!!!.


Ada lagi..

Lebih kurang pukul 8 pagi. Bateri hp pulak dah nak habis. Pasang charger. Cucuk hp kat charger. Pergi toilet amek wudhu' untuk dhuha. Masuk balik. Hp gelap gelita. Switch on. Tak dapat bukak. Ayoo..sudah rosak ke?. Sebab hp memang dah tenat sebelum ni. Orang call memang tak dengar suara dah. Huhu. Tapi..sedih jugak. Sebab dia banyak berjasa untuk kejutkan waktu qoilulah dan pagi-pagi. Takpela, malas nak fikir sangat. Pergi jumpa Dia dulu la. Mana tau lepas ni elok balik. Sesudahnya, pergi test bukak lagi. Tak dapat?.. Huhu. Pergi try guna charger roommate. Tak dapat jugak?. Sedihh.. Hmm.cuba positif. Kot-kot ada orang nak bagi hp baru ke? [hehe.bajet je]. Keluar bilik. Jumpa Ana. Cite kat Ana [sambil menagih simpati..ceh]. Ana cakap "Dhiah charge soket mana?". Saya jawab "yang kat meja study". Ana cakap lagi "Dhiah, Ana rasa soket kat meja study rosak la. Kat bilik Ana pun macam tu". Saya cepat-cepat balik bilik. Try soket bawah dengan penuh harapan dan tawakkal. Alhamdulillah. Hp sudah tidak gelap gelita lagi!! Beberapa saat kemudian. Beepp. One message received..(^_^)v


Allah swt berfirman : Maka mintalah daripada TuhanMu (Allah), nescaya akanKu perkenan permintaan itu. [Ghafir : 60]

Moral value : Jangan terlalu 'loklak' dan 'bollah' [kalut semacam], kata orang-orang tua : 'be cool and relax' [pesan untuk diri..huhu]

Tips untuk mudah bangun awal pagi : Sebelum tidur, kunci jam & baca doa apa yang patut. Kemudian, bisik sebelah kanan kat **malaikat supaya kejutkan kita pada waktu yang kita nak. Bagitahu la tujuan kita nak bangun tu [qiyam ke, study ke..] Berkesan dengan izin Allah. Tak payah la nak suruh BF atau GF yang kejutkan dengan calling. Ringtone anda yang ntah ape-ape tu menganggu roomate je. Lagipun, depa tu bangun untuk kejutkan anda skejap [bajet macho] pastu sambung tidur balik..haha~ [sila terasa pada siapa yang buat macam tu.hehe]

ce senyum sket..


posted by radhiahsyahida

2 comments

Percaya atau tidak, anda akan tersenyum selepas membaca tajuk entri ini [itupun kalau anda manusia normal la..hehe]

Perasan atau tidak, jika kita melihat dan menyebut perkataan senyum atau smile
secara automatik, otot-otot muka kita akan tersenyum atau tersmile =)

Perasan atau tidak, jika kita melihat dan menyebut perkataan masam atau sour
secara automatik, riak wajah kita akan menjadi masam :/

Ini teori semata-mata, praktik la kalau nak tahu betul atau tidak~

Mulakan azam baru kita, cuba senyum bila jumpa orang [kalau tak mampu, senyum pada 'kak min' pun boleh la..], boleh juga letak icon smile pada mana-mana saja tempat supaya anda mampu tersenyum dan mampu men'senyum'kan orang yang melihat. [kalau cakap bab pahala, memang tak terkira ah kan?]




Mahu jadi awet muda? Sila amalkan zikir setiap hari.

Menurut kajian, orang yang selalu berzikir, sel-sel dalam otak dia akan mengaktifkan 'joy center' yang berada di tengah-tengah kepala. So, kalau anda tension, picit slow-slow part tu. InsyaAllah, makin gembiralah anda. Bila selalu bahagia, mesti nampak muda kan? hehe..




Kalau tak mampu jugak, tengok je cite kartun [e.g upin ipin, spongebob], bukan setakat senyum, gelak pun boleh [tapi jangan lebih-lebih sudah :D]



Tapi kan, sekiranya anda melontarkan senyuman kepada seseorang tetapi dia tidak atau lambat membalas senyuman anda itu, maka berhusnu dzonlah bahawa 'dia' mungkin seorang yang rabun. Jangan anggap 'dia' sombong plak ye [maksud tersirat nih..hehe]


* kak min ialah cermin. Sekian, harap maklum ;p



p/s: Dulu masa kelas IT, group kami [saya, hana, kak kema] pernah buat poster pasal smile ni..kami letak la kata-kata 'Smile! if you are cute' supaya boleh attract orang untuk senyum bila tengok tapi madam pulak tak approve sebab yang paling besar dalam tu ialah gambar kami..huhu..saje je madam tu..hehehe..peace untuk madam!



Satu lagi, kes senyum ni exceptional la for the opposite gender..Yang tu kes lain. Act, nak je senyum kat semua orang, tapi kadang-kadang ada orang yang kita rasa susah sangat nak senyum bila tengok dia. Huhu..sabow~ [Allah je lebih Mengetahui]




Inspirasi


posted by radhiahsyahida

7 comments


Dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini..

Kita seringkali ingin bangun..

Malangnya kita pasti akan terjatuh..

Namun, kita cuba bangun lagi dalam kepayahan..

Kerana kita percaya jatuh bangun itu adalah lumrah kehidupan

Dan kepenatan itu cuma sekadar bahan mainan

Keperitan akan hilang bila kita punya sokongan


Dan kegembiraan itu akan muncul..

Bilamana hadirnya insan yang tersayang

kerana Allah!


posted by radhiahsyahida

8 comments

Persahabatan kerana Allah
Itu satu anugerah
Bukan murah seperti coki-coki
Lebih mahal dari emas Habib Jewels
Tak boleh dibeli oleh bapak jutawan
Tak boleh dijual oleh sang fakir

Persahabatan kerana Allah
Bukan seperti ikan keli
Tak hensem diluar tapi isinya, fuh mantap!
Bukan juga seperti panadol
Bulat dan tersusun elok dalam peket
Bila ditelan pahit tak tahan
Tapi macam biskut samperit
Cantik terbentuk, cair di dalam mulut! Sedaap..

Persahabatan kerana Allah
Kita semua dapat menikmati
Tapi rahmat itu sukar dicari
Macam naik basikal dan kereta
Kereta berhawa dingin itu nikmat
Tapi angin semulajadi itu rahmat

Persahabatan kerana Allah
Bertemu bahagia, berpisah juga gembira
Walaupun jauh tapi hakikatnya dekat
Bila dekat ia makin akrab
Sudah akrab rasanya sangatlah lazat!

Persahabatan kerana Allah
Biar lisan terkunci rapi
Tapi hati yang rancak berbicara
Tersenyum mesra bergelak manja
Berkongsi cerita hati yang berbeza
Seolah-olah di dunia ini mereka sahaja yang ada
Hati mereka berjiran
Jiwa mereka sejalan
Zikir diingatkan supaya jadi amalan!

Persahabatan kerana Allah
Rupa secantik Maya Karin bukanlah sandaran
Harta sekaya Bill Gate bukanlah ukuran
Tapi ilmu seluas lautan itulah taruhan
Tempat mereka berkongsi perasaan dan pengalaman
Kerana pada Allah digantung pengharapan
Temukanlah cinta Allah dalam persahabatan
Kerana itulah sahabat duniakhirat tercipta

~Terima kasih buat yang bersahabat kerana Allah~


mahalah safiyah
09:28 am

kembar tak sama perangai!


posted by radhiahsyahida

9 comments

2 hari lepas ialah hari ulang tahun kelahiran Izu Izah yang ke-11, teringat perbualan saya dengan Kak Mar masa dia datang uia malam tu. Kak Mar kata, pagi-pagi hari dalam kereta sebelum pergi sekolah, Izah merajuk sebab tak de orang pun yang wish besday dia..haha. Dan Izu dengan relax je tak terasa apa-apa seolah-olah hari tu sama je dengan hari-hari lain.wuhaa~

Izu
& Izah.
Itu adik-adik saya yang paling kecik dan paling bongsu. Dalam ramai-ramai, tinggallah mereka berdua sebagai peneman ummi kat rumah. Mereka kembar tapi tak pernah ‘declare’ mereka sebagai kembar..huh, sangat pelik
kan?

Izu atau nama sebenarnya Muhammad Izuddin Marwan ialah seorang yang sangat suka bercakap, suka menegur orang especially yang lagi tua dari dia. Kawan abah, kawan ummi, kawan abang dia, kawan kakak dia dah jadi macam kawan dia…Suka melaporkan apa-apa sahaja perkembangan terbaru kepada kakak dan abangnya sehingga digelarkan ‘Mr.Reporter’ ;p

Izah atau nama sebenarnya Siti Hafizah Syahida ialah seorang yang agak sensitif[cepat merajuk], paling rapat dengan ummi, kurang bergaul dengan orang sekeliling [hanya rapat dengan adik beradik dan sepupu yang bernama Aqeel, Hanaa dan Yasmin sahaja]. Sangat penyayang kepada haiwan terutamanya kepada kucing [pernah nangis sebab tengok rusa kurus kena makan oleh ular dalam National Geographic].

Izu & Izah.

Mereka kembar! Seorang lelaki dan seorang perempuan. Tak seiras dan sangatla suka bergaduh! Huh, tak faham kenapa. Hobi tak sama, minat tak sama, tak pernah sependapat, kalau bergaduh, boleh sampai tahap pukul ah sampailah salah sorang tu menangis..huhu. Tak pernah dan tak mahu untuk bergambar berdua. Sehingga hari ini, saya masih terfikir, kenapa mereka kembar tapi tak ada persamaan pun?

[gambar last bersama -8 tahun yang lalu-]


Saya ada terbaca tentang pengaruh genetic dan persekitaran dalam perkembangan manusia dari salah satu bab dalam subject ‘Educational Psychology’.

Kes 1
Jim Lewis dan Jim Springer ialah sepasang kembar yang terpisah sejak lahir. Selepas 39 tahun, mereka bertemu kembali dan diberi masa 4 minggu untuk bersama. Apa yang mereka dapati ialah, mereka berdua telah berkahwin dengan perempuan yang mempunyai nama yang sama iaitu Linda untuk perkahwinan pertama dan juga nama yang sama iaitu Betty untuk perkahwinan kedua setiap dari mereka. Anak mereka juga dinamakan dengan nama yang sama iaitu James Alan. Lebih mengejutkan, mereka juga mempunyai anjing yang mempunyai nama yang sama iaitu Toy.

Kes 2
Jessicca dan Rachel Wessel juga sepasang kembar yang tidak pernah terpisah tetapi mempunyai identiti yang sangat berbeza iaitu seorang cemerlang dalam matematik, manakala seorang lagi dalam English. Seorang mempunyai penyakit iaitu ‘cerebral palsy’ dan menyebabkannya bergantung kepada kerusi roda, manakala seorang lagi merupakan seorang yang sangat aktif dalam ‘marching band’.

Kesimpulan : Persekitaran yang sama tidak mempengaruhi perkembangan manusia secara keseluruhannya


Kemudian, saya buat sedikit research dari sini, rupa-rupanya, anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendiri. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Kedua-dua anak ini tidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasal daripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.

So, saya sudah tidak risau lagi dengan keadaan mereka. Mungkin teori yang mengatakan adik beradik yang suka bergaduh dan tidak rapat masa kecil akan menjadi sangat rapat sewaktu besar. Bagi saya,teori itu benar! Mungkin anda boleh nilai sendiri macam mana perbezaan hubungan anda dengan adik beradik sewaktu kecil dan sekarang =)

8am-5pm di Zoo Negara


posted by radhiahsyahida

9 comments

Organizer : Welfare Bureau, Bedsa, IIUM
Task : Volunteer

Sampai di sana, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan.. Dan kumpulan kami ditugaskan di bawah seliaan AYKTTN.

Tugas pertama, bersihkan kandang kura-kura [Ming-Ming dan adik beradiknya..hehe]


Tugas kedua, bagi makanan kat tikus dan tukar minuman dorg depa..[eew..dah jadi relax dengan tikus sekarang..huhu]


Info dari AYKTTN, 'red rat' tidak akan melahirkan anak jika kita meletakkan hanya seekor tikus jantan dan seekor tikus betina di dalam satu sangkar. Sebaliknya, 2 ekor tikus jantan perlu diletak bagi meransang kejantanan mereka untuk bersaing mendapatkan tikus betina tersebut. Akhirnya, yang menang akan dapat, yang kalah akan mati.

'red rats' 1.1 [simbol kepada bilangan haiwan dalam 1 sangkar. 1 di depan merujuk kepada bilangan tikus jantan, 1 di belakang merujuk kepada bilangan tikus betina] kepada manusia, jangan gunakan simbol ini kepada golongan anda. padah nanti!

ponteng kerja skejap, zirafah memanggil kami untuk bergambar bersama :P

Tugas ketiga, memberi makanan kepada 'giant tortoises' [datuk nenek Ming-Ming] sambil bermain-main dengan mereka ^_^

AYKTTN menunujukkan cara untuk memberi makan kepada 'giant tortoises'.

Info dari AYKTTN, makanan [e.g lobak, betik, tembikai] mesti dipotong panjang supaya dapat memberi makanan kepada mereka dengan mudah. Kalau silap bagi, jari kita pun boleh dipatahkan oleh 'si giant tortoise itu'.

best ar time ni, sume pelancong amek gambar kami tengah bagi tortoise ni makan..hehe [bajet fames]
zakiah tu buat-buat bagi je, echa plak jadi tukang pemerhati ;)

memberi makan dengan perasaan yang takut sebab lobak dah jadi pendek..huhu

berjaya meransang 'the tortoises' untuk ke port depa slalu makan..

mira, syifa', mas dan wawa ditugaskan untuk membersih kandang buaya..haha.kesian depa..
menyapu dengan ketakutan yang amat.
Sebelum tu, depa kena bersih kandang ular dan mandikan ular..ganah aa!

Tugas keempat, potong daging untuk bagi iguana, buaya dan ular makan



Special treatment [kami dapat masuk ke kawasan larangan bagi pengunjung zoo..best aa!] Kalau anda pergi zoo negara, memang tak dapat la amek gambar macam kat bawah ni sebab ini haiwan-haiwan ni yang dalam simpanan khas punya. =)

Di atas ini adalah ular kapak, bukan ular daun! ular kapak sangat berbisa. Info dari AYKTTN, kalau kena sengat [e.g kat lengan], jangan ikat lengan tu sebab bisa ular boleh bertindakbalas dengan darah dalam jangka masa 1 minit saja. Nak selamat, minum air sebanyak-banyak yang boleh dan..berdoalah!


Tugas kelima, bagi anak buaya jenjulung makan.



mira memperlihatkan ke'terer'annya memberi buaya jenjulung makan

khusyuk je depa mendengar tazkiroh dan ilmu dari AYKTTN

Tugas terakhir, bagi buaya jenjulung dan buaya tembaga makan.



Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?


zoo negara-MS ISO 9001:2008


p/s : AYKTTN = Abg Yg Kami Tak Tahu Namanya..

Maaf ye umy, gambar haiwan lain tak banyak sebab tak sempat pusing satu zoo tu, penat melayan si reptilia tu je..Juga tahniah kepada pihak penganjur atas pelaksanaan program amal ini. Jangan kita lupa, haiwan juga merupakan salah satu makhluk Tuhan yang perlu kita sayang dan diberi perhatian. Tapi janganlah pula kera di hutan disusukan, anak di rumah ditinggalkan.. :P

* Bagi saya, amatlah tidak 'macho' bagi seseorang LELAKI yang menjadikan PROGRAM AMAL untuk membawa PEREMPUAN yang belum dinikahinya untuk BERKASIH-KASIHAN! [kalau cakap haram, mesti tak kisah kan? kalau tak macho, sah-sah marah..huhu..biarkan~] sekian.

Tension & Extension


posted by radhiahsyahida

2 comments

Tension Week ?

Kawan tak punctual sikit pun dah geram

Menunggu giliran lama sikit pun dah gelisah
Orang tersalah cakap sikit pun dah terasa hati

Duduk di atas tangga belakang stage main auditorium uia, saya berfikir sejenak. Kenapa la minggu ni hati asyik bergenang air mata je..? Payahnya bila duduk sorang-sorang yang mana penemannya adalah syaitan. Siapakah yang bersalah dalam soal ini? Punca dikaji.. Terlalu memikirkan assignment kah? Er..rasanya tak banyak dah tinggal. Atau presentation? 2 je lagi pun. Atau nervous dekat nak final exam? Em..mungkin.. Atau hormon estrogen yang turun naik? Iye ke…? Atau…atau.. terus mencari punca sehingga sedar tak sedar sony ericsson terlepas dari tangan lantas menjunam jatuh menimpa kaki.. Aduh! Sakitnya..AstaghfiruLlahal ‘Azeem.. [dahi berkerut sambil menahan sakit]

Senangnya Allah nak bagi signal. Dapat sakit sikit, terus ingat Dia. kan?

Extension to Allah


Macam mana tak tension? Solat pun kadang-kadang payah nak punctual awal waktu, Jamaah lagi la..harapkan ada kelas pagi petang, boleh la berteduh di masjid untuk zohor dan kadang-kadang untuk maghrib dan isya’ bila ada liqa’..Ma’thurat yang nipis lagi kecik tu pun kadang-kadang nak mengelat bila urusan dunia menjadi awlawiyyat. Padahal pagi dan petang je pun. Qiyam? Huh..kenapala selimut tu berat sangat ye bila sampai je ¾ malam? Mengaji? Kalau bulan ramadhan dapat 30 juzuk, bulan syawal dapat 3 juzuk sajakah? Amalan nawafil lain, susah benar nak istiqomah.. AstaghfiruLlahal’Azeem. Saya hanya mampu tunduk menyembah lantai tatkala memikirkan extension kepada Allah yang dah sedikit retak. Patutla…….

“Sebagai seorang manusia biasa, engkau seharusnya khatam Al-Quran sebulan sekali”
[Imam Hasan Al-Banna]


Extension bila tension

Jaga hubungan dengan Allah, Jaga hubungan dengan manusia. InsyaAllah, hati terus tenang, jiwa rasa kuat, hidup makin bahagia. InsyaAllah.

Jaga hubungan dengan Allah


Bersangka baik. Alhamdulillah, lafaz
‘insyaAllah, mesti ada hikmah’ sudah sinonim dalam perbualan antara saya dan kawan-kawan tatkala titik-titik ujian menjenguk di dalam perjalanan hidup kami. Tanda redha atas setiap ketetapan Allah!

Jaga hubungan dengan manusia


Dengan family especially ummi abah. Redha Allah bergantung kepada redha mereka. Ingat tu! Dengan adik beradik, saudara mara, dan yang paling hampir ialah dengan rakan-rakan yang selalu bersama siang malam, pagi petang. Mulakan azam baru, jaga tutur kata, tak mahu cakap ikut suka hati lagi, amalkan senyum walaupun mood tak berapa nak ok masa tu. Yang penting, antara kalian dan saya, ada damai di tengah-tengahnya. Ameen, InsyaAllah!

Teringat saya pada waktu beberapa minggu dulu, pernah terlintas ayat ini di minda..
"Ya Allah, berikanlah ujian untukku jika dengan itu akan lebih mendekatkan hatiku kepada-MU"
~hati terfikir-fikir dan terus berfikir~

[Allah jua Lebih Mengetahui]

p/s : petang ni mahu pergi beraya kat rumah nawa, rindu nak main-main, layan dia dengar lagu ‘fawakih walhalwaa’, dan buat exercise ‘up down’ sama dia. =)

nota untuk kamu, kamu


posted by radhiahsyahida

5 comments

Satu hari saya tengah sibuk
Kamu datang
Kamu bagi salam
Kamu cakap pada saya kamu melawat saja
Saya tak dapat layan kamu
Saya sombong ke?
Kamu kata tidak kan?
Tapi kamu marah-marah pulak
Ada ke patut?
Tak patut [2x]
Kamu kata tak baik tak layan kamu
Oh jadi, kamu ganggu saya tu baik ke?
Lepas itu kamu cakap
Kamu baik
Ada saya kisah?
Kamu ikhlas
Ada saya tanya?
Kamu jujur
Ada saya peduli?
Kamu keluarkan pulak kata-kata seorang imam
Wah hebat la tu ye?
Tapi kamu praktik ke kata-kata yang kamu bagi tu?
Ha, jawab [2x]
Saya diam tidak mahu layan
Kamu menyibuk lagi
Ee.. geram!
Saya pendam dalam hati
Sebab kamu kata marah tu dari syaitan
Tapi kamu sedar tidak?
Menyakitkan orang itu juga dari syaitan
Ada hati yang sakit dengan tindakan kamu
Kamu tahu hati tu sangat rapuh
Kamu tahu hati tu pernah terseliuh?
Jadi kamu mahu apa lagi?
Sampai jadi remuk redam dilumat halus dikisar blenderkah?
Kamu tak pernah rasa bosan kah?
Saya harap kamu baca nota ini
Walaupun saya tidak tahu kamu itu siapa!

***

Dulu kamu baik
Eh, baik ke buat-buat baik?
Oh baik [saya cuba berhusnu dzon]
Kamu kata kamu tak ada niat lain
Mahu berteman saja
Ok saya setuju
Kamu gembira
saya gembira juga lihat kamu
Saya lihat orang lain
Ada bahagia
Ada buat-buat bahagia
Ada yang separa bahagia
Hmm..saya mula tak ambil peduli
Saya biarkan kamu dengan hal kamu
Lama-lama Saya lihat kamu lain
Kaki sudah atas kepala
Aii.. saya mula rasa pelik
Betul ke kamu ni?
Atau saya silap tengok
Tiba-tiba
Depan pendengaran saya kamu mula tunjuk lagak
Hak saya hak kamu
Hak kamu sah-sah hak kamu
Memang betul kamu peragut
Kamu tengking orang yang saya sayang
Oi berani kamu! [itu kata hati sahaja]
Saya tak berani lagi melawan
Sebab kudrat saya masih lemah
Kamu buat lagi
Saya sudah tidak tahan
Saya ada Tuhan
Saya mohon biar Tuhan saja yang balas perbuatan kamu
Sebab ada hati yang menangis disebabkan kamu
Saya tahu kamu memang bersalah
Saya harap kamu baca nota ini
Sebab saya tahu siapa kamu!

***

Kamu, kamu,
Mujur Allah cipta kalimah ‘sabar’
Itu saja yang mampu saya pegang sekarang ini
Mujur Allah cipta kalimah ‘redha’
Itu saja yang mampu saya rasa sekarang ini

Kamu tak perlu risau
Bukan bila berduka atau sedih saja

Tapi bila gembira juga saya akan ingat saya ada Allah sebagai teman, InsyaAllah
Bukan kamu!

-Allah jua lebih Mengetahui-

his best day!


posted by radhiahsyahida

No comments


My dear bro ulwan,
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار


= Sori la orang sengaja tak wish semalam, sebab this post is very special i create on your best day!

= Doa kat atas tu sebaik-baik doa sempena ulangtahun kelahiran dia yang ke-18 [10 tahun lagi nak kawen kan?haha..cari orang ganu neh, ingat pesanan orang hari tu!]

= Jika dipanjangkan umur oleh Allah, semoga semuanya diisi dengan amalan soleh, insyaAllah! [sentiasa berusaha walau kadang-kadang tak mampu]

= Kalau nak balas jasa ummi abah, belajarlah sungguh-sungguh!

= Sempena hari dia yang best ni, orang wi hadiah tazkirah lah ye..memandangkan lama dah tak dapat tazkirah dari dia..hehe [bukan perli]

Sabda Rasulullah saw "Celakalah orang yang memperbudakkan dirinya kepada wang dan harta. apabila diberi ia puas dan apabila tidak diberi ia gelisah" (Bukhori)

Orang sayang dia kerana Allah!

gambo pah ceroh edisi kawen


posted by radhiahsyahida

5 comments

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya



people dat i love most!!


..tetamu..

Anugerah OKU (Orang Kuat Usaha) untuk Majlis Kak Mar :
L - Ihsan
P - Ummi

Yang lain kena usaha keras lagi untuk dapat anugerah ni pada majlis-majlis yang akan datang.. ;P

Pesanan untuk abang imran
~ Jaga kakak kami molek-molek ye
~ Walaupun dia kadang-kadang senget sket, klolo dok tentu pasal [haha], tapi kami tetap dan sangat sayang kakak kami.
~ Jangan risau bab masakan, kak mar terer tuh! =D

Pesanan untuk kak mar
~ Jadilah isteri yang solehah
~ Jangan lupa, kami nak 'adik tocim' cepat-cepat sket! [hwaha]
~ Eh, gi langkawi ni ingat jugak oo, wat balik minyak akar panas ke orang! nak 2 botol. [berehh]

[fellow followers]