a step closer to ....


posted by radhiahsyahida

13 comments

stylo?

i recommend.. use 2 liters everyday, twice a day [erk..macam iklan sensodyne je?]

radix premix coffee [mai secawan..]

not to sell but to see ;p

Ready for 'Jihad Duniawi'.
30/10 [Instructional Tech.], 1/11 [Study Circle1], 4/11 [Edu. Psycho.], 6/11 [Historical & Philosophical Foundation of Malaysian Edu.], 9/11 [Arabic Morpho-sorf-], 10/11 [Socio. of Edu], 12/11 [Arabic Lexi-mu'jam-] (^_^)v

[Study bukan untuk exam. Study untuk menyelongkar ilmu Allah. Exam sebagai wasilah sahaja]

Alhamdulillah, kekuatan untuk bangun seawal yang boleh semakin bertambah-tambah. Berbekalkan air masak [barang wajib] dan radix coffee [baru mencuba].

Credit to umy yang memperkenalkan radix coffee ni. Sebelum ni sangat tak suka kepada minuman berkafein dan agak kurang menggemari minuman manis yang lain [air masak sudah~]. 1st time minum radix, sangat teruja sebab berbeza benar dengan minuman berkafein yang lain [termasuk kopi kapal api..betul2 kaw ke? ;p]


kisah pagi tadi

Bangun macam biasa. Dikejutkan oleh alarm hp dan **. Sebelum study, mahu taqarrub sekejap. Sebelum keluar bilik. Isi air dalam kettle. Mahu panaskan. Tekan plug, tak nyala. Adjust kedudukan kettle, tutup suis, bukak balik, tak nyala jugak!. Er..dah rosak ke?. Sedihh.. Nak cari air panas kat mana?. Dahla alah dengan watercooler. Huhu. Pastu, sayang pulak dengan kettle berjasa tu [3tahun bersama+hadiah dari kakti]. Takpela, pergi taqarrub dulu. Mintak dengan Allah. Rosak atau elok kan kuasa Dia. Lepas taqarrub. Cuba nasib lagi. Tutup semua plug. Adjust kedudukan kettle. Switch on. SubhanaLlah, menyala!!!.


Ada lagi..

Lebih kurang pukul 8 pagi. Bateri hp pulak dah nak habis. Pasang charger. Cucuk hp kat charger. Pergi toilet amek wudhu' untuk dhuha. Masuk balik. Hp gelap gelita. Switch on. Tak dapat bukak. Ayoo..sudah rosak ke?. Sebab hp memang dah tenat sebelum ni. Orang call memang tak dengar suara dah. Huhu. Tapi..sedih jugak. Sebab dia banyak berjasa untuk kejutkan waktu qoilulah dan pagi-pagi. Takpela, malas nak fikir sangat. Pergi jumpa Dia dulu la. Mana tau lepas ni elok balik. Sesudahnya, pergi test bukak lagi. Tak dapat?.. Huhu. Pergi try guna charger roommate. Tak dapat jugak?. Sedihh.. Hmm.cuba positif. Kot-kot ada orang nak bagi hp baru ke? [hehe.bajet je]. Keluar bilik. Jumpa Ana. Cite kat Ana [sambil menagih simpati..ceh]. Ana cakap "Dhiah charge soket mana?". Saya jawab "yang kat meja study". Ana cakap lagi "Dhiah, Ana rasa soket kat meja study rosak la. Kat bilik Ana pun macam tu". Saya cepat-cepat balik bilik. Try soket bawah dengan penuh harapan dan tawakkal. Alhamdulillah. Hp sudah tidak gelap gelita lagi!! Beberapa saat kemudian. Beepp. One message received..(^_^)v


Allah swt berfirman : Maka mintalah daripada TuhanMu (Allah), nescaya akanKu perkenan permintaan itu. [Ghafir : 60]

Moral value : Jangan terlalu 'loklak' dan 'bollah' [kalut semacam], kata orang-orang tua : 'be cool and relax' [pesan untuk diri..huhu]

Tips untuk mudah bangun awal pagi : Sebelum tidur, kunci jam & baca doa apa yang patut. Kemudian, bisik sebelah kanan kat **malaikat supaya kejutkan kita pada waktu yang kita nak. Bagitahu la tujuan kita nak bangun tu [qiyam ke, study ke..] Berkesan dengan izin Allah. Tak payah la nak suruh BF atau GF yang kejutkan dengan calling. Ringtone anda yang ntah ape-ape tu menganggu roomate je. Lagipun, depa tu bangun untuk kejutkan anda skejap [bajet macho] pastu sambung tidur balik..haha~ [sila terasa pada siapa yang buat macam tu.hehe]

13 comments

  1. Anonymous
  2. Anonymous
  3. Anonymous

[fellow followers]