Tension & Extension


posted by radhiahsyahida

2 comments

Tension Week ?

Kawan tak punctual sikit pun dah geram

Menunggu giliran lama sikit pun dah gelisah
Orang tersalah cakap sikit pun dah terasa hati

Duduk di atas tangga belakang stage main auditorium uia, saya berfikir sejenak. Kenapa la minggu ni hati asyik bergenang air mata je..? Payahnya bila duduk sorang-sorang yang mana penemannya adalah syaitan. Siapakah yang bersalah dalam soal ini? Punca dikaji.. Terlalu memikirkan assignment kah? Er..rasanya tak banyak dah tinggal. Atau presentation? 2 je lagi pun. Atau nervous dekat nak final exam? Em..mungkin.. Atau hormon estrogen yang turun naik? Iye ke…? Atau…atau.. terus mencari punca sehingga sedar tak sedar sony ericsson terlepas dari tangan lantas menjunam jatuh menimpa kaki.. Aduh! Sakitnya..AstaghfiruLlahal ‘Azeem.. [dahi berkerut sambil menahan sakit]

Senangnya Allah nak bagi signal. Dapat sakit sikit, terus ingat Dia. kan?

Extension to Allah


Macam mana tak tension? Solat pun kadang-kadang payah nak punctual awal waktu, Jamaah lagi la..harapkan ada kelas pagi petang, boleh la berteduh di masjid untuk zohor dan kadang-kadang untuk maghrib dan isya’ bila ada liqa’..Ma’thurat yang nipis lagi kecik tu pun kadang-kadang nak mengelat bila urusan dunia menjadi awlawiyyat. Padahal pagi dan petang je pun. Qiyam? Huh..kenapala selimut tu berat sangat ye bila sampai je ¾ malam? Mengaji? Kalau bulan ramadhan dapat 30 juzuk, bulan syawal dapat 3 juzuk sajakah? Amalan nawafil lain, susah benar nak istiqomah.. AstaghfiruLlahal’Azeem. Saya hanya mampu tunduk menyembah lantai tatkala memikirkan extension kepada Allah yang dah sedikit retak. Patutla…….

“Sebagai seorang manusia biasa, engkau seharusnya khatam Al-Quran sebulan sekali”
[Imam Hasan Al-Banna]


Extension bila tension

Jaga hubungan dengan Allah, Jaga hubungan dengan manusia. InsyaAllah, hati terus tenang, jiwa rasa kuat, hidup makin bahagia. InsyaAllah.

Jaga hubungan dengan Allah


Bersangka baik. Alhamdulillah, lafaz
‘insyaAllah, mesti ada hikmah’ sudah sinonim dalam perbualan antara saya dan kawan-kawan tatkala titik-titik ujian menjenguk di dalam perjalanan hidup kami. Tanda redha atas setiap ketetapan Allah!

Jaga hubungan dengan manusia


Dengan family especially ummi abah. Redha Allah bergantung kepada redha mereka. Ingat tu! Dengan adik beradik, saudara mara, dan yang paling hampir ialah dengan rakan-rakan yang selalu bersama siang malam, pagi petang. Mulakan azam baru, jaga tutur kata, tak mahu cakap ikut suka hati lagi, amalkan senyum walaupun mood tak berapa nak ok masa tu. Yang penting, antara kalian dan saya, ada damai di tengah-tengahnya. Ameen, InsyaAllah!

Teringat saya pada waktu beberapa minggu dulu, pernah terlintas ayat ini di minda..
"Ya Allah, berikanlah ujian untukku jika dengan itu akan lebih mendekatkan hatiku kepada-MU"
~hati terfikir-fikir dan terus berfikir~

[Allah jua Lebih Mengetahui]

p/s : petang ni mahu pergi beraya kat rumah nawa, rindu nak main-main, layan dia dengar lagu ‘fawakih walhalwaa’, dan buat exercise ‘up down’ sama dia. =)

2 comments

  1. Anonymous

[fellow followers]