Usai maghrib, Mutmainnah mengesat air mata. Betapa deras ia mengalir sementelahan hatinya semakin tegang menghitung khilaf yang dilakukan sehari-hari. Sedar mahupun separa sedar. Bukan dengan Sang Khaliq sahaja, bahkan dengan ciptaannya juga. Bukan dia tidak pernah menyesal suatu ketika dulu. Dia pernah! Tapi, dia tersungkur lagi..
Air jernih menyelusuri pipi. Dibiarkannya sahaja. Perempuan dan air mata ibarat sahabat sejati. Wudhu' itu ikatannya. Itu kata ibu Mutmainnah. Lantas, Mushaf ‘Uthmani digapainya. Sudah seminggu dia tidak menyentuh kitab suci itu lantaran telah dilarang oleh Allah kepada kaumnya agar tidak menyentuh dan membaca kalam itu untuk tempoh-tempoh tertentu. Walaupun pada hakikatnya, teman-temannya sering mengingatkan, jangan lupa zikir itu masih ada. Setiap langkah kamu ke dewan kuliah, pulang ke bilik, mahu ke mana-mana sahaja, lidah kamu masih tidak dihijabkan untuk menyebut namaNya, puji agungNya.
Mutmainnah akui itu semua tapi tatkala bibir mula bergerak-gerak, pasti syaitan mula memadam ingatan dan mengalihkan pandangannya.
"Mutmainnah, cuba lihat sana! Baiknya lelaki tu kan? Jalan tak pandang perempuan pun"
"Mutmainnah, tak payah la terkumat-kamit macam tu..Nanti orang ingat kamu sewel pula"
"Mutmainnah…ini"
"Mutmainnah…itu.."
"Aku memohon ampun darimu ya Allah!" Mukanya diraup entah buat keberapa kali. Jutaan penyesalan dilontarkan untuk mendambakan keampunan Tuannya.
Tenang, diam, dan dengan perlahan-lahan dia menyelak halaman yang ditanda minggu lepas.
Ayat 125 dari surah Al-An’am dibacanya dengan tartil, kemudian disambung pula dengan ayat 126. Dia berhenti seketika, bagaikan ada magnet yang menariknya untuk mentadabbur ayat tersebut. Terjemahan dibuka dan diteliti maknanya..
Air matanya lebat lagi. Tanda kesyukuran kerana tatkala bergelumang dengan karat-karat dunia, dia masih layak untuk dipimpin bagi menerima taufiqNya. Dia tidak memandang ke belakang lagi. Dia dahaga! Dia lapar! Dia rakus menyantap hidayah Allah yang mencurah-curah jatuh seolah-olah cuba untuk menyucikan hatinya yang sering berbolak-balik itu.
"Kalau benar aku sentiasa mohon untuk berlindung dengan Allah dari syaitan, kenapalah aku masih terdorong untuk menghampiri lereng-lereng dosa ni?" Mutmainnah terfikir lagi selepas menamatkan bacaannya pada malam itu. Mushaf biru itu disimpan kembali ke tempat asal. Dengan seragam putih yang masih tersarung, dia ingin mengisi malam-malam bercahaya itu dengan muhasabah.
Dia teringat kembali buku yang pernah dibacanya suatu ketika dulu, 'Personaliti Wanita Yang Disayangi Allah & Rasul'. Buku itulah yang menjadi hadiah hari lahirnya yang ke-22 oleh kakaknya, Mardhiyah..
"Eh..betul ke wanita ada banyak nafsu. Aku tengok zaman sekarang lelaki yang berlebihan nafsunya dari wanita." Desis hati kecilnya ketika itu.
Lantas, malam khamis 3 minggu lalu yang menjadi kebiasaan untuk Mutmainnah dan akhawat lain untuk menerima tarbiah dari naqibah mereka tidak dipersia-siakannya.
"Kak Aishah, kenapa Allah bagi kaum kita ni banyak nafsu?"
"Oh..kaya la kita ada banyak nafsu..hehe" Kak Aishah cuba berseloroh memulakan muqaddimah.
"Ala akak ni..takkan nak bergelar jutawan nafsu pulak..mentang-mentang baru balik Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan minggu lepas ye.." Mutmainnah menyakat naqibahnya itu kembali.
Seronok. Antara mereka tiada jurang. Walaupun bergelar seorang naqibah yang sudah berkahwin dan berkerjaya pula sebagai seorang jurutera, Kak Aishah tidak pernah meletakkan jurang yang tinggi antara dia dan mad'unya.. Uslub tarbiyah yang menarik barangkali.
.....
....
...
..
.
kisah Mutmainnah insyaAllah bersambung...
kisah 2

"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu; (jalan) yang lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang mengambil pelajaran"
Air matanya lebat lagi. Tanda kesyukuran kerana tatkala bergelumang dengan karat-karat dunia, dia masih layak untuk dipimpin bagi menerima taufiqNya. Dia tidak memandang ke belakang lagi. Dia dahaga! Dia lapar! Dia rakus menyantap hidayah Allah yang mencurah-curah jatuh seolah-olah cuba untuk menyucikan hatinya yang sering berbolak-balik itu.
"Kalau benar aku sentiasa mohon untuk berlindung dengan Allah dari syaitan, kenapalah aku masih terdorong untuk menghampiri lereng-lereng dosa ni?" Mutmainnah terfikir lagi selepas menamatkan bacaannya pada malam itu. Mushaf biru itu disimpan kembali ke tempat asal. Dengan seragam putih yang masih tersarung, dia ingin mengisi malam-malam bercahaya itu dengan muhasabah.
Dia teringat kembali buku yang pernah dibacanya suatu ketika dulu, 'Personaliti Wanita Yang Disayangi Allah & Rasul'. Buku itulah yang menjadi hadiah hari lahirnya yang ke-22 oleh kakaknya, Mardhiyah..
Wanita itu banyaknya nafsu 90 peratus manakala akalnya 10 peratus sahaja. Tetapi berbeda bagi sang laki-laki, 90 peratus itu akalnya, tetapi nafsunya 10 peratus sahaja. – Hadis
Maka beruntunglah bagi si wanita kerana telah dianugerahkan sang laki-laki sebagai pemimpinnya, kerana sang laki-laki itu banyak akalnya yang mampu mendidik dan menunduk nafsu si wanita tersebut.
"Eh..betul ke wanita ada banyak nafsu. Aku tengok zaman sekarang lelaki yang berlebihan nafsunya dari wanita." Desis hati kecilnya ketika itu.
Lantas, malam khamis 3 minggu lalu yang menjadi kebiasaan untuk Mutmainnah dan akhawat lain untuk menerima tarbiah dari naqibah mereka tidak dipersia-siakannya.
"Kak Aishah, kenapa Allah bagi kaum kita ni banyak nafsu?"
"Oh..kaya la kita ada banyak nafsu..hehe" Kak Aishah cuba berseloroh memulakan muqaddimah.
"Ala akak ni..takkan nak bergelar jutawan nafsu pulak..mentang-mentang baru balik Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan minggu lepas ye.." Mutmainnah menyakat naqibahnya itu kembali.
Seronok. Antara mereka tiada jurang. Walaupun bergelar seorang naqibah yang sudah berkahwin dan berkerjaya pula sebagai seorang jurutera, Kak Aishah tidak pernah meletakkan jurang yang tinggi antara dia dan mad'unya.. Uslub tarbiyah yang menarik barangkali.
.....
....
...
..
.
kisah Mutmainnah insyaAllah bersambung...
kisah 2
salam.
lamanye honeymoon. trtunggu2 post mutmainnah taw. ops..silap..trnanti2 post dhiah tau.hee~
status: extreme eager. waiting for part II..heheh. :)
dhiah.... [tade pape.saje je panggey.]
macam boleh teka ja siapa tu Mutmainnah..hehe..tahniah dhiah,tak sabar nak tg part II ;p
>myrah
wkmslm
ha'a..honeymoon.ehe~ [busy+mencari tenang]
tunggu la nak tunggu pun..nk pi honeymoon lagi la..biaq pi umy tunggu.. ;D
>umm kauthar
boleh teka ke kak?
Mutmainnah tu watak rekaan semata2. tade kena mengena ngn sape2..hehe
tapi jalan cerita mungkin ada tempiasnya pd mn2 wanita bgelar muslimah~
TQ..rindu akak! dah 7bulan kita xjumpa :(
sungguh kejam kamu..mbiarkn sy trtnggu2..hehe~
takpe ah..sy nk tnggu gop.. hehe.
:)
thanks taw makan ngan umy td. :D
wpun kejap je, tp best sgt~
part 'gop' tu accepted.
tp part 'takpeah' kene ushe lebih ag ah..heheh~
gud trying!
thanks juge same farah n ana.teman kite sambil menyedut air n coklat je.terharu! :D
best kan pertemuan seketika tnpa dirancang =)
nk part 2 nk part 2..
heheh..
owh...trime kasih jugek blanje bihun goreng mareng..
sblm ni x penoh t'liur nk order bihun goreng..
tp bile mkn ngn dhiah trus jd lazat tak terperi..
hehe..
time kacih jugek dhiah, umy, hana ^_^
laaa..kalu tak umy nak tulih dakpe ah...
tp cam tak k0npem yg mane satu. hehe. klu dakpe ah btul ke? hee~
ade gaya nak duk ganu aje neyh.haha.
p/s: bile plak nak shooting? ehehehe..
>farah
hehe..jap neh! baru nk bernafas dgn slese ni..
insyaAllah nnt org post =)
oo..beehoon tu. memg sedap!
tp sdap ye btmbh2 bla mkn same2 kan? ;D
faveret org ah tu esp. kat kedai wane hijau kt HS cafe tu.
-sama2 dear-
>umyrah
ha..tu br btoi kak umy!
waha..ada gaye!
welcome to ganu~ [ehehe..sgt mengalu2kan nih]
p/s: ntahler..tuan director xpnggl2 lagi ney..shooting on de spot kut ;p