manusia itu kitalah!


posted by radhiahsyahida

6 comments


Kata Ustaz Syed, Allah ciptakan Nabi Adam dari tanah dan air. Lalu dibentuknya menjadi seperti tubuh seorang manusia. Kemudian, bentuk itu dijemur di bawah terik panas dan tiupan angin supaya kering sebelum ditiup roh kepadanya oleh Allah swt.

Kata Ustaz Syed,
Sebab itu komponen manusia terdiri daripada tanah, air, angin dan api. Tanah membentuk daging, Air membentuk tulang, Angin membentuk urat dan Api membentuk darah.

Kata Ustaz Syed, Tanah sifatnya lembap, air sifatnya sejuk, angin sifatnya kering dan api sifatnya panas. Dalam perubatan dulu, mereka menggunakan elemen-elemen ini untuk merawat penyakit. Contoh, kalau dalam badan ada elemen sejuk dan kering, carilah elemen pelengkap iaitu panas dan lembap. Sebab tu, kalau tengah panas[marah], kita disuruh ambil air sembahyang! ^^

Kata Ustaz Syed, Disebabkan kehebatan Allah, Malaikat yang pada mulanya tertanya tentang kenapa Allah menciptakan manusia sedangkan mereka ini bakal melakukan kerosakan di atas muka bumi lantas terduduk! terduduk kagum dengan hebatnya Allah menciptakan satu makhluk bergelar adam. Itulah tanda kepatuhan mereka kepada Allah tatkala disuruh sujud kepada adam.

Kata Ustaz Syed, Saat bangkitnya manusia nanti, tulang-tulang setiap manusia akan berada dalam satu lubang. Kun fayakuun. Maka lahirlah manusia yang berjasad baru tapi roh masih yang sama secara tiba-tiba. Tanpa memerlukan langkah demi langkah dari kecil hingga besar. Semua mereka akan terus berusia 33 tahun dan tinggi mereka ialah sama iaitu 60 hasta. Allahuakbar.

Itu kata Ustaz Syed, minta maaf. sumber asalnya tidak diketahui. Sebab ilmu ini disampaikan melalui lisan sahaja.

p/s: Ustaz Syed ialah ustaz yang dijemput secara tetap untuk memberi kuliah mingguan di rumah mak sedare. Alhamdulillah, seronok dapat ilmu.. lagi seronok sebab dapat berkongsi. Semoga bermanfaat. InshaAllah.

6 comments

[fellow followers]