[Al-Anfal:17]
Maksud: Bukan engkau yang melempar ketika engkau melempar, tetapi Allah swt yang melempar :)
Ayat dan Maksud yang sangat best!
Dulu, zaman sekolah, masa ada National Petanque Competition, saya ingat lagi cikgu selalu suruh team kami baca ayat ni sebelum lempar setiap bola besi yang amat berat itu.
Rupanya, ayat tu amat sesuai untuk kita baca semasa jawab apa-apa soalan bertulis especially masa exam la kan. Bila jumpa mana-mana soalan yang susah dan tak tahu betul ke tak jawapan kita tu [dalam erti kata nak menembak la kan], boleh la baca ayat ni sambil yakin dengan pertolongan dari Allah.
Selamat berimtihan semua! Minta maaf kalau ada salah silap ye :D
p/s: dulu selalu amal doa tu masa jawab soalan objektif SPM. he he he :p