fasobrun jameel


posted by radhiahsyahida

4 comments

Justify Full
kisah satu


seorang hamba Allah, K (bukan nama sebenar) masuk ke sebuah pejabat untuk berjumpa dengan seorang pegawai. Kemudian, dia mendapati di dalam pejabat itu hanya terdapat seorang kerani sahaja. Oleh kerana kerani itu sedang berbual telefon, maka K mengambil keputusan untuk menunggu sebentar. Di dalam hatinya " hmm..takpe la, sekejap je kot"

Tunggu punya tunggu dari 5 minit menjadi 10 minit, dan dari 10 minit menjadi 20 minit.. kerani itu masih lagi tidak berhenti berbual dari hal rumahtangga kepada gosip-gosip liar di pejabat. Kerana mempunyai hal lain dan ingin cepat, K mengambil keputusan untuk terus memberi salam.

" Assalamualaikum..." -Tiada balasan jawapan

" Tak dengar kot.." bisik hati K.
"Assalamualaikum.." sekali lagi salam diberi sedikit kuat.

Diam. Tiada balasan. Yang hanya kedengaran ialah suara sedang berbual di meja kerani itu yang hanya terletak beberapa meter dari K.
" Assalamualaikum.. " K ingin mencuba nasib sekali lagi.
Salam masih tidak bersambut. " Kalau ikutkan, salam mesti diberi 3 kali saja. Tapi, masalahnya ni bukan tak de orang. Orang ada depan mata, tapi bersembang lebih-lebih, guna telefon pejabat plak tu.." K bermonolog sendirian.
" Assalamualaikum puan!! " K tetap tidak mahu mengalah. Dia memberi salam sehingga 6 kali tetapi kerani itu masih tidak menjawab salamnya dan meneruskan perbualan kosongnya di telefon. Kerana urusannya terlalu penting, K mengambil keputusan untuk terus meluru ke arah meja kerani itu. Hati K sudah panas dengan sikap kerani itu. kalaulah begitu semua sikap pekerja di Malaysia ini, memang hancurlah pengurusan.


Keluar dari pejabat, K ingin mengambil keputusan untuk menghantar surat layang sebagai tanda protesnya terhadap sikap kerani itu. Perasaan geramnya terhadap kerani itu meluap-luap ditambah pula dengan hasutan si syaitan itu. Kemudian, tiba-tiba hati K tersentak.. " betul ke tindakan aku ni? " " Perlu ke aku buat macam ni? " " Oh, syaitan rupanya menghasut aku tadi " Teringat K pada kalam Allah swt :
Maka, sabar itu lebih baik =)

kisah dua


Seorang hamba Allah, S (bukan nama sebenar) berlari-lari ke stesen KTM untuk mendapatkan komuter kerana dia sudah terlewat untuk ke stesen PUTRA sedangkan waktu bas yang akan dinaikinya itu sudah hampir tiba. Sesampai di kaunter tiket, S mendapati pekerja KTM itu sedang membuat kerja lain dan tidak menghiraukan kehadirannya untuk membeli tiket itu.

" Cik, saya nak cepat ni.. " S memanggil pekerja kaunter itu selepas beberapa minit menunggu.
" Tunggulah sekejap..takkan tak boleh tunggu " pekerja itu menjawab dengan angkuh.

Tiba-tiba, train yang ingin menuju ke Stesen Putra itu tiba. S hanya mampu melihat train itu pergi dengan perasaan geram. Kemudian, pekerja itu baru datang untuk memberi tiket.
Lahar kemarahan S sudah hampir ke kemuncak, ingin saja S menengking dan memarahi pekerja KTM dengan sikapnya itu yang menyebabkan dia semakin lambat untuk ke Stesen PUTRA.
Tiba-tiba, hatinya kaget. fikiran normalnya kembali bertapak, Tidaklah Allah menjadikan sesuatu kejadian tanpa hikmah disebaliknya.

Teringat S pada kalam Allah swt :
Maka, sabar itu lebih baik =)

S.A.B.A.R


1 kalimah, 5 huruf, merupakan 1 perbuatan yang amat-amat digalakkan oleh agama Islam kepada ummatnya.
tapi, kenapa manusia itu sendiri payah untuk mempunyai sifat ini?

hasutan syaitan kah?

mengikut hawa nafsu kah?

atau sudah sifat semulajadi?

Sabar itu indah,
Mengaplikasikannya bukan mudah,
Jika terhantuk baru nak terngadah,

Memang hidup akan sesal tak sudah..

Kerana hilang sabar, manusia bermusuh-musuhan
Kerana tiada sabar, manusia tinggalkan pegangan
Kerana kurang sabar, manusia dipinggirkan teman


Duhai manusia, bersabarlah!
Maka, sabar itu lebih baik =)

4 comments

[fellow followers]