kembar tak sama perangai!


posted by radhiahsyahida

9 comments

2 hari lepas ialah hari ulang tahun kelahiran Izu Izah yang ke-11, teringat perbualan saya dengan Kak Mar masa dia datang uia malam tu. Kak Mar kata, pagi-pagi hari dalam kereta sebelum pergi sekolah, Izah merajuk sebab tak de orang pun yang wish besday dia..haha. Dan Izu dengan relax je tak terasa apa-apa seolah-olah hari tu sama je dengan hari-hari lain.wuhaa~

Izu
& Izah.
Itu adik-adik saya yang paling kecik dan paling bongsu. Dalam ramai-ramai, tinggallah mereka berdua sebagai peneman ummi kat rumah. Mereka kembar tapi tak pernah ‘declare’ mereka sebagai kembar..huh, sangat pelik
kan?

Izu atau nama sebenarnya Muhammad Izuddin Marwan ialah seorang yang sangat suka bercakap, suka menegur orang especially yang lagi tua dari dia. Kawan abah, kawan ummi, kawan abang dia, kawan kakak dia dah jadi macam kawan dia…Suka melaporkan apa-apa sahaja perkembangan terbaru kepada kakak dan abangnya sehingga digelarkan ‘Mr.Reporter’ ;p

Izah atau nama sebenarnya Siti Hafizah Syahida ialah seorang yang agak sensitif[cepat merajuk], paling rapat dengan ummi, kurang bergaul dengan orang sekeliling [hanya rapat dengan adik beradik dan sepupu yang bernama Aqeel, Hanaa dan Yasmin sahaja]. Sangat penyayang kepada haiwan terutamanya kepada kucing [pernah nangis sebab tengok rusa kurus kena makan oleh ular dalam National Geographic].

Izu & Izah.

Mereka kembar! Seorang lelaki dan seorang perempuan. Tak seiras dan sangatla suka bergaduh! Huh, tak faham kenapa. Hobi tak sama, minat tak sama, tak pernah sependapat, kalau bergaduh, boleh sampai tahap pukul ah sampailah salah sorang tu menangis..huhu. Tak pernah dan tak mahu untuk bergambar berdua. Sehingga hari ini, saya masih terfikir, kenapa mereka kembar tapi tak ada persamaan pun?

[gambar last bersama -8 tahun yang lalu-]


Saya ada terbaca tentang pengaruh genetic dan persekitaran dalam perkembangan manusia dari salah satu bab dalam subject ‘Educational Psychology’.

Kes 1
Jim Lewis dan Jim Springer ialah sepasang kembar yang terpisah sejak lahir. Selepas 39 tahun, mereka bertemu kembali dan diberi masa 4 minggu untuk bersama. Apa yang mereka dapati ialah, mereka berdua telah berkahwin dengan perempuan yang mempunyai nama yang sama iaitu Linda untuk perkahwinan pertama dan juga nama yang sama iaitu Betty untuk perkahwinan kedua setiap dari mereka. Anak mereka juga dinamakan dengan nama yang sama iaitu James Alan. Lebih mengejutkan, mereka juga mempunyai anjing yang mempunyai nama yang sama iaitu Toy.

Kes 2
Jessicca dan Rachel Wessel juga sepasang kembar yang tidak pernah terpisah tetapi mempunyai identiti yang sangat berbeza iaitu seorang cemerlang dalam matematik, manakala seorang lagi dalam English. Seorang mempunyai penyakit iaitu ‘cerebral palsy’ dan menyebabkannya bergantung kepada kerusi roda, manakala seorang lagi merupakan seorang yang sangat aktif dalam ‘marching band’.

Kesimpulan : Persekitaran yang sama tidak mempengaruhi perkembangan manusia secara keseluruhannya


Kemudian, saya buat sedikit research dari sini, rupa-rupanya, anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendiri. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Kedua-dua anak ini tidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasal daripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.

So, saya sudah tidak risau lagi dengan keadaan mereka. Mungkin teori yang mengatakan adik beradik yang suka bergaduh dan tidak rapat masa kecil akan menjadi sangat rapat sewaktu besar. Bagi saya,teori itu benar! Mungkin anda boleh nilai sendiri macam mana perbezaan hubungan anda dengan adik beradik sewaktu kecil dan sekarang =)

9 comments

  1. Anonymous
  2. Anonymous

[fellow followers]