kerana Allah!


posted by radhiahsyahida

8 comments

Persahabatan kerana Allah
Itu satu anugerah
Bukan murah seperti coki-coki
Lebih mahal dari emas Habib Jewels
Tak boleh dibeli oleh bapak jutawan
Tak boleh dijual oleh sang fakir

Persahabatan kerana Allah
Bukan seperti ikan keli
Tak hensem diluar tapi isinya, fuh mantap!
Bukan juga seperti panadol
Bulat dan tersusun elok dalam peket
Bila ditelan pahit tak tahan
Tapi macam biskut samperit
Cantik terbentuk, cair di dalam mulut! Sedaap..

Persahabatan kerana Allah
Kita semua dapat menikmati
Tapi rahmat itu sukar dicari
Macam naik basikal dan kereta
Kereta berhawa dingin itu nikmat
Tapi angin semulajadi itu rahmat

Persahabatan kerana Allah
Bertemu bahagia, berpisah juga gembira
Walaupun jauh tapi hakikatnya dekat
Bila dekat ia makin akrab
Sudah akrab rasanya sangatlah lazat!

Persahabatan kerana Allah
Biar lisan terkunci rapi
Tapi hati yang rancak berbicara
Tersenyum mesra bergelak manja
Berkongsi cerita hati yang berbeza
Seolah-olah di dunia ini mereka sahaja yang ada
Hati mereka berjiran
Jiwa mereka sejalan
Zikir diingatkan supaya jadi amalan!

Persahabatan kerana Allah
Rupa secantik Maya Karin bukanlah sandaran
Harta sekaya Bill Gate bukanlah ukuran
Tapi ilmu seluas lautan itulah taruhan
Tempat mereka berkongsi perasaan dan pengalaman
Kerana pada Allah digantung pengharapan
Temukanlah cinta Allah dalam persahabatan
Kerana itulah sahabat duniakhirat tercipta

~Terima kasih buat yang bersahabat kerana Allah~


mahalah safiyah
09:28 am

8 comments

  1. Anonymous

[fellow followers]